Friday, January 1, 2010

Save Gaza Now !

2/1/2010 : Balik UiTM

1. Satu tarikh yang agak membuat saya tertunggu-tunggu, tidak sabar-sabar dan kadang-kadang rasa macam malas nak balik ke UiTM pun ada. Tapi nak buat macam mana. Perjuangan sebagai seorang anak, seorang hamba Allah dan seorang pelajar perlu saya laksanakan.

2. Memanglah kena balik. Tapi rasa hati ini sedih sebab kolej tak dapat. Rasa marah pun ada. Tak tau kenapalah tak dapat. Cop kolej bukan kata penuh malah terlebih-lebih. Hampir semua aktiviti kolej dan aktiviti UiTM saya hadirkan diri. Tapi still tak dapat juga. Habis tu nak buat macam mana kan? Inilah yang dikatakan cobaan. Harap-harap dapatlah. Insyaallah

3. Adoi. Rasa dalam hati ini memang gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, dapat jumpa dengan pensyarah, lagi-lagi bila nak dapat junior baru ni kan hehehe. Tapi dalam masa yang sama, berat je hati ni nak tinggalkan rumah, nak tinggalkan ayah, umi dengan adik-adik. Lagi satu. Rasa berat sangat nak balik bila tak dapat jumpa dengan sorang sahabat ini. Tak apalah. :(

4. Barang-barang, baju, seluar, kasut, bekalan makanan dan lain-lain keperluan semua dah siap. Tunggu esok je. Tunggu nak berangkat balik je.

5. Tahun ini azam saya nak belajar sungguh-sungguh, nak memperbaiki keputusan peperiksaan akhir, nak mantapkan ilmu-ilmu agama dan politik saya. Insyaallah. Harap-harap berjayalah. :)

6. Yang saya perlukan adalah doa dan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan orang yang paling penting dalam hidup saya. Supaya saya menjadi seorang yang lebih mantap, kuat dan berani dalam menghadapi apa jua situasi dan cabaran. Insyaallah.

7. Selamat berjuang semua. Insyaallah.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010.

1. Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan kini telah muncul tahun yang baru, tahun 2010.

2. Setiap kali muncul tahun baru, makhluk Allah yang bergelar manusia seperti kita ini pasti ada tanam azam yang baru di dalam diri. Tidak kira azam apa sekali pun, tapi pastikan tercapainya azam kita kali ini. Andai kata azam tahun lepas tidak berjaya untuk kita laksanakan, tidak mengapa. Pastikan kita bersungguh-sungguh kali ini.

3. Dengan munculnya tahun baru ini. Marilah kita sama-sama sebagai seorang muslim berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya kita akan menjadi hambanya yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas dan mintalah kepadaNya agar kita menjadi hambanya yang berkualiti dan sentiasa mengikut segala suruhanNya.

4. Kita juga berharap agar tahun 2010 ini menjadi tahun yang terbaik. Terbaik dari segi ekonominya, tiada bencana alam, kurangnya kes-kes jenayah, kurangnya kes-kes peperangan, tiada rasuah, kewangan negara kukuh dan sebagainya. Masih belum terlambat sekiranya kita ingin mengubah sesuatu keadaan. Susun strategi dan laksanakan. Insyaallah Allah bantu kita.

5. Tahun 2010 ini baru hendak bermula. Pastinya kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.Namun dalam masa yang sama kita tetap mengharapkan agar Allah SWT memudahkan segala urusan dunia kita.

6. Saudaraku. Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua sahabat handai dan keluarga. Semoga tahun baru ini menjadi harapan baru untuk anda semua. Saya doakan anda semua berjaya. Selamat berjuang. Insyaallah.

Tuesday, December 29, 2009

Kita perlu teruskan hidup.

1. Alhamdulillah pada hari ini, kita masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah SWT. Kita masih lagi mampu untuk menikmati udara, air, makanan, tempat tinggal dan sebagainya yang telah diberikanNya kepada kita.
Pastikan kita bersyukur keatas setiap nikmat yang diberikanNya.

2. Saudaraku. Pada tahun ini pelbagai cabaran dan rintangan yang kite telah hadapi. Susah dan senang kita pada tahun ini kita telah merasainya.

3. Pada tahun ini, ada di kalangan kita yang mendapat khabar atau perkara yang gembira di dalam hidup mereka dan ada juga di kalangan kita yang mendapat sebaliknya.

4. Kepada mereka yang baru mendapat keputusan baik dalam peperiksaan, mendapat ahli keluarga yang baru (bayi), menang peraduan, pindah ke rumah baru, baru mendirikan rumah tangga dan pelbagai lagi pengalaman menarik pada tahun ini. Tahniah saya ucapkan.

5. Tetapi kita kena juga fikir, tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Ada di kalangan kita yang baru sahaja kehilangan anggota keluarga, perlu menghadapi suasana peperangan, penceraian, kebuluran, putus dengan pasangan kekasih dan sebagainya.

6. Ingat. Walau apa pun yang terjadi. Walau apa pun yang kita kena hadapi. Tidak kira baik atau buruk sesuatu perkara itu. Jadi dengan bermulanya tahun baru tidak lama lagi, marilah kita sama-sama berniat dan menanamkan azam yang baru.

7. Ingat Allah. Teruskan hidup. Insyaallah.

Friday, December 25, 2009

Kembali Ke UiTM

1. Alhamdulillah, cuti semesta dah hampir tamat. Keputusan peperiksaan masing-masing dah terima. Sekarang ini adalah masanya untuk kembali semula ke UiTM dan meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.

2. Mulakan tahun baru ini, mulakan semesta ini dengan azam yang baru dan perbetulkan niat anda masing-masing. Ingat, kita wajib niatkan dalam diri untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang baik. Pasang niat ingin belajar, mencari ilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

3. Kepada yang bakal jadi senior, anda sewajarnya membimbing adik-adik yang baru masuk dan bukannya membuli mereka. Para senior sepatutnya membantu adik-adik yang baru masuk ini untuk mengenali UiTM, pensyarah, ajarkan kepada mereka cara hidup di kolej dengan betul dan tidak mengajak mereka kepada perkara yang buruk. InsyaAllah.

4. Lengkapkan segala keperluan dan dokumen-dokumen penting yang diperlukan.

5. Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan baik di dalam peperiksaan akhir semesta lepas.

6. Selamat berjuang.